Sunday 13 July 2014

Bahasa Parsi: Tekanan di Kata Nama dan Jamak


Tekanan Bunyi

Dalam bahasa Parsi, penekanan sering diberi kepada suku kata terakhir dalam kata nama. Sama ada yang memang terbitan asal Parsi, mahupun yang asing....

Contoh:

Kata Nama Parsi

Kohestān Pergunungan
Baccheh Anak

Kata Nama Bukan Parsi

Ketāb Kitab
Telfon Telefon
Antūni Antonio
Mohammad Muhammad
Kompiuter Komputer

Dengan nada memanggil, tekanan bunyi berubah ke suku kata awal kata nama tersebut...

Bacche!
Budak woi!

Ey dāneshmand!
Wahai orang yang alim!

Ey khudā!
Ya Tuhan!

Aqāye Ahmadi!
En. Ahmad!

Tiada Jamak
  • Kata nama yang didahului oleh bilangan tidak pernah dijamakkan.
  • Ia mesti berada dalam keadaan tunggal.
Contohnya...

Yek mard 
Seorang lelaki

Do mard
Dua lelaki

Bist mard
20 lelaki

Dapat dilihat di sini bahawa kata nama mard itu tetap dalam keadaan mufrad... Mudah saja. 

No comments:

Post a Comment